Sunday 27 February 2011

Amalan Al-Mulk

Sebuah ilmu untuk dikongsi bersama. Di kisas, sudah menjadi sebuah rutin untuk membaca surah Al-Mulk secara beramai-ramai sebelum tidur. Kerana, surah Al-Mulk merupakan sebuah pendinding diri syaitan yg direjam dan mencegah dari azab kubur. Terdapat ulama' mengatakan bahawa :
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)   
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.” 


*bacaan surah Al-Mulk